11.14.2012

bahagia atau bercinta?


"Rahman, biar ustaz tanya kamu, mahu bahagia ataupun mahu bercinta?"

                           "Dua-dua barang kali" Rahman tersengih.

"Tamak sungguh kamu nih. Cuba pilih satu sahaja. Enta mahu yang mana?"

                         "Adakah cinta dan bahagia itu 2 perkara berbeza?" Rahman bernada riang.

"Ia berbeza dan tidak serupa." ustaz Adam menjelaskan.

                     "Saya melihat orang bercinta sepertti bahagia sahaja." Rahman tersengih

"Rahman, zahirnya memang nampak begitu. Ramai pasangan remaja beranggapan pasangan yang saling mencintai dan romantik pasti merasai kebahagiaan. Hakikatnya ramai pasangan romantik bergaduh dan bercerai. sebaliknya masih ada orang yang berkahwin tampa bercinta sebelumnya malah kedua-duanya tidak romantik namun masih bahagia. Anggapan hanya yang saling mencintai baru mendapat bahagia, TIDAK TEPAT.

                        "Betul juga cakap ustaz."

"Ketahuilah, bahagia itu dibentuk oleh rasa yang pelbagai. Dibentuk oleh emosi yang bervariasi. Bahagia itu terbinanya dengan adanya kasih, cemburu, marah, sayang, belai, cinta dan lain-lain. Bahagia itu terbina daripada rasa cemburu, setia, waspada, amanah, sabar dan lain-lain. Ini bererti bahagia itu adalah perasaan yang tercantum daripada pelbagai rasa. Rasa cinta adalah salah satu daripada penghuni dalam perasaan bahagia." Dengan sopan ustaz Adam menuturkan ayat.

Rahman masih kabur. "Apabila kita merasa bahagia, kita akan merasai cinta, sekiranya kita hanya bercinta semata-mata, belum tentu kita merasa bahagia, begitu?"
                                            "Betul, kamu memang bijak. sekarang saya mahu bertanya, kamu mahu bahagia atau bercinta?"

"Nanti dulu, ada orang kata cinta adalah kekuatan yang membolehkan pasangan hidup bahagia. Tampa cinta manusia tidak akan bisa bersama dan menerusakan kehidupan. Benarkah?

"Itu betul juga. Cinta diibaratkan batu-bata yang membina tugu bahagia. Bagi membina tugu bahagia, kita masih memerlukan banyak batu-bata. Ini bererti memiliki cinta belum tentu bahagia. Apabila kamu memiliki bahagia, pasti didalamnya tersemat cinta. Ketiadaan cinta tidak bererti kita hilang segala-galanya. tetapi memiliki cinta akan mempercepatkan proses bahagia.
                                         "Cinta mempercepatkan proses bahagia." Rahman mengangguk buat-buat mengerti.

"Cuba lihat sepasang kekasih yang bercita, bukankah kadangkala mereka ketawa kerana gembira, kadangkala bergaduh kerana sakit hati. Kemudia mereka tersenyum kerana mencintai. Sepanjang konflik perasaan berbolak balik, mereka masih bersama, bukan? Selagi mereka kuat memagar perasaan masing-masing dengan sabar. Maka pasti mereka berada dalam satu ikatan."
                                 "Ya memang perlu sabar. apabila kurang sabar, sekejap sahaja berpisah." kefahamanya makin jelas

"Jadi kita perlu menyedari hubungan cinta bukan berasakan cinta sahaja. Malah ia memerlukan kekuatan lain sebagai turut serta. Apabila mahu mencapai rasa bahagia, kamu memerlukan lebih dari rasa cinta. Kamu memerlukan sabar, tabah, istiqomah, amanah dan bermacam lagi elemen bagi membantu kamu menjadi pemilik bahagia yang berjaya.

                                  "Sekarang saya makin faham" kali ni Rahman mengangguk tanda benar-benar memahami.

"Jadi kamu mahu bahagia ataupun bercinta?"

    "semestinya BAHAGIA" jawab Rahman dengan yakin.


#adaptasi dari novel Cinta Kembali Bertasbih.. :)