11.14.2012

bahagia atau bercinta?


"Rahman, biar ustaz tanya kamu, mahu bahagia ataupun mahu bercinta?"

                           "Dua-dua barang kali" Rahman tersengih.

"Tamak sungguh kamu nih. Cuba pilih satu sahaja. Enta mahu yang mana?"

                         "Adakah cinta dan bahagia itu 2 perkara berbeza?" Rahman bernada riang.

"Ia berbeza dan tidak serupa." ustaz Adam menjelaskan.

                     "Saya melihat orang bercinta sepertti bahagia sahaja." Rahman tersengih

"Rahman, zahirnya memang nampak begitu. Ramai pasangan remaja beranggapan pasangan yang saling mencintai dan romantik pasti merasai kebahagiaan. Hakikatnya ramai pasangan romantik bergaduh dan bercerai. sebaliknya masih ada orang yang berkahwin tampa bercinta sebelumnya malah kedua-duanya tidak romantik namun masih bahagia. Anggapan hanya yang saling mencintai baru mendapat bahagia, TIDAK TEPAT.

                        "Betul juga cakap ustaz."

"Ketahuilah, bahagia itu dibentuk oleh rasa yang pelbagai. Dibentuk oleh emosi yang bervariasi. Bahagia itu terbinanya dengan adanya kasih, cemburu, marah, sayang, belai, cinta dan lain-lain. Bahagia itu terbina daripada rasa cemburu, setia, waspada, amanah, sabar dan lain-lain. Ini bererti bahagia itu adalah perasaan yang tercantum daripada pelbagai rasa. Rasa cinta adalah salah satu daripada penghuni dalam perasaan bahagia." Dengan sopan ustaz Adam menuturkan ayat.

Rahman masih kabur. "Apabila kita merasa bahagia, kita akan merasai cinta, sekiranya kita hanya bercinta semata-mata, belum tentu kita merasa bahagia, begitu?"
                                            "Betul, kamu memang bijak. sekarang saya mahu bertanya, kamu mahu bahagia atau bercinta?"

"Nanti dulu, ada orang kata cinta adalah kekuatan yang membolehkan pasangan hidup bahagia. Tampa cinta manusia tidak akan bisa bersama dan menerusakan kehidupan. Benarkah?

"Itu betul juga. Cinta diibaratkan batu-bata yang membina tugu bahagia. Bagi membina tugu bahagia, kita masih memerlukan banyak batu-bata. Ini bererti memiliki cinta belum tentu bahagia. Apabila kamu memiliki bahagia, pasti didalamnya tersemat cinta. Ketiadaan cinta tidak bererti kita hilang segala-galanya. tetapi memiliki cinta akan mempercepatkan proses bahagia.
                                         "Cinta mempercepatkan proses bahagia." Rahman mengangguk buat-buat mengerti.

"Cuba lihat sepasang kekasih yang bercita, bukankah kadangkala mereka ketawa kerana gembira, kadangkala bergaduh kerana sakit hati. Kemudia mereka tersenyum kerana mencintai. Sepanjang konflik perasaan berbolak balik, mereka masih bersama, bukan? Selagi mereka kuat memagar perasaan masing-masing dengan sabar. Maka pasti mereka berada dalam satu ikatan."
                                 "Ya memang perlu sabar. apabila kurang sabar, sekejap sahaja berpisah." kefahamanya makin jelas

"Jadi kita perlu menyedari hubungan cinta bukan berasakan cinta sahaja. Malah ia memerlukan kekuatan lain sebagai turut serta. Apabila mahu mencapai rasa bahagia, kamu memerlukan lebih dari rasa cinta. Kamu memerlukan sabar, tabah, istiqomah, amanah dan bermacam lagi elemen bagi membantu kamu menjadi pemilik bahagia yang berjaya.

                                  "Sekarang saya makin faham" kali ni Rahman mengangguk tanda benar-benar memahami.

"Jadi kamu mahu bahagia ataupun bercinta?"

    "semestinya BAHAGIA" jawab Rahman dengan yakin.


#adaptasi dari novel Cinta Kembali Bertasbih.. :)

9.24.2012

kini cintaku


Cinta...cahaya amat ku kagumi
Menyinari alam yang kian menyepi

Cinta...pudarmu amat ku takuti
Meniggalkan jiwa 
menangis sedih

Maafkan kehadiranku
Dalam bicara 
ku tersentuh untuk menyinta
Dalam irama 
ku sandarkan bersama harapan
dan Ku nyatakan cintaku...

tiada lagi ucapan
Bisa aku lontarkan lantaran 
senyummu...


9.22.2012

jangan.lakukan.demikian

"Jika kmu mmancing ikan, setelah ikan itu tlekat d'mta kail, hendaklh kmu mengambil ikan itu..Janganlh ssekali kmu LEPASKAN ia smula ke dlm air bgitu sja.. Krn ia akn SAKIT dsbbkn bisanya ketajaman mata kail dan mngkin ia akan MENDERITA selagi ia msih hidup..."

Begitulah juga…setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang

Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya… 

Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja

… Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengigatimu. 
Add caption

9.16.2012

airmata

Airmata kerna SAHABAT 1 pengorbann, 

Airmata kerna IBUBAPA 1penghormatan, 


Airmata kerna KEKASIH 1penyesalan, 


Airmata kerna ALLAH 1 keberkatan

8.11.2012

Tuhan Jagakan Dia


Hanya dirimu yang kucinta

Takkan membuat aku jatuh cinta lagi

Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku
Walau kutahu kau tak sempurna

Takkan membuat aku jauh darimu

Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia,

dia kekasihku kan tetap milikku

Aku Sungguh mencintai

sungguh menyayangi setulus hatiku

6.02.2012

rest

there's no resting moment in our life..
bcoz a word 'rest' still called a 'verb' ..


think..think..think!!!

hijrah

tidak semudah harapan
apabila ingin berubah
dugaan bagaikan buih dilautan
datang dan pergi ..menewaskan impian..
hanya hati'suci pabila tetap
bertahan..


4.26.2012

jaga

gaya tidak menggambarkan rupa
hati tak seindah bahasa
walhal berkongsi warna mata
tapi tidak warna hati

sekali salah
umpama ditiup angin
jika berkali-kali
berhati-hati
umpama berkarib dengan api
kecil jadi kawan, besar jadi lawan...



4.19.2012

selesai

selesai...
dapat jua kumenghela nafas panjang~
(esaimen)   
penat.lelah
untuk seketika..
akan bersambung lagi..
(exam)

harapan

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan Dia milikku,tercipta untuk diriku 
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan bagiku

Ya Allah, ku mohon Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku 
Pelihara daku dari kemurkaanMu 

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya 
Semaikan setulus kasih di jiwa kami

Ku pasrah kepadaMu, Kurniakanlah aku Pasangan yang beriman 
Bisa menemani aku Supaya ku dan dia Dapat melayar bahtera Ke muara cinta yang Engkau redhai 

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini Jangan Engkau biarkan ku sendiri...  
Agarku bisa bahagia Walau tanpa bersamanya"
Gantikanlah yang hilang Tumbuhkan yang telah patah 
Ku inginkan bahagia Di dunia dan akhirat 
PadaMu Tuhan ku mohon segala-galanya.. 



hidup



perjalanan masih panjang
saban hari kutempuh
penuh onak dan ujian
tak sedar terluka, diracun
fatamorgana
yg mematangkan usia
kukini tersentak
betapa ramai insan yg rela dihambaabdi
kelazatan duniawi
yg mnjanjikan plbagai nikmt nafsi
    Fikirkan sejenak....

fael





yg dinamakan "perasaan' amat sukar utk digambarkan
sukar D'interpretasikan utk difahami


biarpun diselit bhasa badan
tetapi,hanya KATA-KATA yg dapat memberinya erti
kpd si 'DIA' 

tenang

"tanda bahagia ialah apabila adanya ketenangan"


sronok kan bila kta tgok sseorang e2 tenang, brmaksud dia bahagia::
tp org bahagia xsmstinya dia tenang..
bahgiakan kalau kita...
~duet banyakk
~bini lawaa
~kreta mewahh
~rumah besarr
~bekerjaya
~pandai
~handsome/lawa/cantik/
~pandai bergaul
~disukai ramai


tp bleh ke smua 2 diukur dgn bahagia??


TIDAKK..!!sama sekali tidak
kerna BAHAGIA e2 pasangannya hanyalah KETENANGAN

pilihan

HIDUP ini smemangnya tidak adil
kerana kita diberi "PILIHAN"



tetapi PILIHAN ini sebenarnya
menyedarkan angan kita..


mmbntuk watak dlm diri..



Jadi, jgn salahkan hidup kita yang xadil
kita yang harus bijak menafsir PILIHAN'
yG kita ingin...

hati dah lama tersenyum utk awak



Saat pertama jumpa,
Saya tak hirau pun tentang awak...



Saya dengar nama awak..
Saya tengok awak..
Tapi, seolah tiada makna...

Tiba-tiba je,
Awak datang...
senyum..tegur saya
Macam-macam kita borakkan...
Tak sangka, awak kelakar juga orangnya..


Saya ingat lagi.. 

Hari tu, pagi-pagi lagi dapat mesej dari awak..

Memang lamaaa sangat kita borak
sakit perut tahan gelak
ada je benda kelakar yang awak buat



Awak ingat tak??
rasa lama sangat dah saya tak happy macam tu..

Lepas tu, tiba-tiba je internet awak buat hal..
Awak pon terus mesej fon saya..
Kita sambung mesej pulak sampai ke petang..


Saya tak sangka saya buat tu untuk awak..
Padahal, kita kenal pun belum sempat 24 jam..




Awak ajarkan saya tentang Islam..
Awak train saya bangun Qiyam..
Awak train saya puasa every week..
Walopon jarang saya buat, tapi saya ingat...

Hari demi hari..
Keadaan jadi makin rumit..
Saya makin sedar...
Saya makin 'terjaga'..



Hati saya...
Dah 'tersenyum' untuk awak...

Hari ni, saya cuma nak awak faham..
Kadang-kadang,
Bila kita sayangkan seseorang,
Lebih baik kalau kita lepaskan dan berjauhan dengan dia..

Bila ada rindu..
Kita doakan dia...
Bila ada cinta..
Kita tambah doa kita..

Walau saya tahu..
Cuma hati saya je yang 'tersenyum'..
Cukup saya tahu,
Awak anggap saya kawan baik awak...
Walaupun saya rasa, saya tak buat baik pun untuk awak...

Saya nak yang terbaik untuk diri saya...
Tapi, saya nak yang lebih baik untuk diri awak....

Biar Allah yang balas semua kebaikan awak untuk saya...
Biar Allah sahaja yang jadi tempat mengadu untuk saya ketika awak tiada..

Saya tak tipu...
Saya tak bohong....



Saya... Cuma berkata jujur...
Saya cuma mampu melafazkan maaf..

Bukan tidak berharga..
Malah terlalu berharga...
Tersangat berharga..



Kalau pun persahabatan kita terhenti di sini..
Doa saya takkan putus.. 
Takkan pernah, insya Allah...

Biarlah semua jadi kenangan...
Yang terbaik, saya ambil, saya amalkan, insya Allah..
Yang buruk?? Tak ada yang buruk... 
Mungkin saya je yang berlebihan...
Akibat dah terasyik dengan 'senyuman'..

Akhirnya, maafkan saya...
Semoga kita masing-masing mencapai apa yang kita impikan...